Sambutan Tahun Baru Berbilang Kaum Lambang Semangat Muhibbah

Tarian Singa Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025.jpg

Persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025 anjuran warga Malaysia di Clayton South, Victoria.

Baru-baru ini berlansung sambutan serentak Tahun Baru dan Tahun Baru Cina yang melambangkan semangat muhibbah di kalangan warga Malaysia yang merantau ke negara ini. Majlis rumah terbuka ini dijayakan oleh tiga warga Melayu berganding bahu dengan seorang pengusaha keturunan baba Melaka, selaku tuan rumah. Sambutan tahun baru ini berlansung di sebuah kilang plastik kepunyaan hos majlis di subbandar Clayton, lebih kurang 30 kilometer dari pusat bandar Melbourne. Apa yang menarik, majlis bertemakan warna merah-hitam ini dihadiri oleh tetamu berbilang kaum, sebahagian daripadanya warga Malaysia yang bekerja di kilang terbabit. Dan seperti sambutan rumah terbuka di tanahair, tetamu majlis disajikan dengan pelbagai hidangan lauk-pauk Melayu serta manisan, termasuk durian Musang King. Dan pastinya tidak sah sekira sesebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina tiada persembahan tarian singa dan majlis kali ini tidak menghampakan. Zaini Ahmad berpeluang menghadiri sambutan Tahun Baru/Tahun Baru Cina 2025 ini dan rata-rata, para jemputan telah menikmati sajian dan kemeriahan serta menghayati semangat muhibbah majlis tersebut.




Share
Follow SBS Malay

Download our apps
SBS Audio
SBS On Demand

Listen to our podcasts
Independent news and stories connecting you to life in Australia and Malay-speaking Australians.
Ease into the English language and Australian culture. We make learning English convenient, fun and practical.
Get the latest with our exclusive in-language podcasts on your favourite podcast apps.

Watch on SBS
SBS World News

SBS World News

Take a global view with Australia's most comprehensive world news service